0

Elak Tertipu Beli Emas

Labels:

SEPANJANG tahun ini kita dihangatkan dengan kenaikan harga emas di pasaran global sehingga mencecah lebih daripada RM200 segram bagi emas tulen 24k.

Maka, bagi mereka yang sejak sekian lama ada menyimpan emas, pasti hari ini akan tersenyum lebar disebabkan kenaikan mendadak harga emas membolehkan mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda.


Bagi yang tidak pernah menyimpan emas, pasti akan terfikir sekarang untuk mula menyimpan emas kerana dapat melihat kecenderungan kenaikan harga emas di pasaran yang memungkinkan mendapat keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Di sebalik keghairahan kita untuk membeli emas, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang lebih di sebalik kesusahan orang lain.

Inilah yang sedang berlaku di Malaysia. Saya menulis ini sekadar nasihat sebelum anda semua terkena.
Hari ini, kita tahu terdapat bank di negara kita yang menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.

Tujuan sebenar perkhidmatan ini adalah untuk memberi pinjaman kewangan kepada mereka yang memerlukan terutama peniaga kecil yang memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan mereka melalui pajakan barangan emas mereka di Ar-Rahnu.


Tetapi ada segelintir mereka yang lebih bijak dari pihak bank dengan menawarkan skim pembelian emas di pasaran dan dipajakkan di Ar-Rahnu untuk mendapatkan keuntungan.

Mereka sebagai ejen jualan emas akan mencari pelanggan yang mahu membeli emas untuk pelaburan dan ini adalah tidak salah.

Tapi yang salahnya apabila ada daripada mereka meminta pembeli membuat pinjaman bank atau koperasi untuk membeli emas dengan mereka dan dipajakkan di Ar-Rahnu dengan sistem 30:70.

Pembeli hanya keluar wang mereka 30 peratus saja, manakala 70 peratus adalah daripada pinjaman Ar-Rahnu apabila emas dipajakkan.

Sebagai contoh, pembeli diminta membuat pinjaman RM30,000 untuk membeli emas.
Sebenarnya tanpa kita sedari, kita sudah membeli emas pada nilai RM100,000, di mana RM70,000 yang dikeluarkan oleh pihak Ar-Rahnu akan diambil oleh pihak penjual emas.

Ini bermakna, jumlah emas yang dipajakkan di Ar-Rahnu bernilai RM100,000.

Penjual emas akan memomokkan anda sebagai pembeli boleh mendapat keuntungan dengan membuat tukaran surat pajakan apabila harga emas naik.

Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi.

Maka, pembeli tidak akan dapat keuntungan sebab harga emas tidak naik dan masih perlu membayar ansuran bulanan pinjaman pembelian emas tadi untuk tempoh 20 tahun.

Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank.

Di sinilah masalah akan timbul apabila pembeli terpaksa menyediakan 70 peratus bahagian yang bank keluarkan ketika pajakan dibuat untuk menebus semula emas berkenaan sedangkan wang itu sudah diambil oleh ejen emas sewaktu memajakkan emas berkenaan.

Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian.

Sudahlah hutang bank selama 20 tahun perlu dibayar, emas kita pula digadai oleh pihak bank.

Apa yang saya hendak tekankan di sini ialah tidak salah untuk kita melabur dalam emas.

Tetapi bukanlah dengan cara meminjam duit dari bank dan beli emas kemudian digadaikan.

Akhirnya, diri kita sendiri yang tergadai untuk membayar hutang dalam tempoh 20 tahun.

Pelaburan emas hanya menguntungkan jika kita membeli emas 100 peratus menggunakan duit sendiri.

Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri.

Daripada mengimpikan kekayaan, akhirnya berakhir dengan kemiskinan akibat hutang yang ditanggung.

Untuk kaya, kita perlulah berusaha untuk menambah pendapatan.

Masalahnya orang Melayu kita lebih suka duduk goyang kaki mengharapkan imbuhan setiap bulan.

Diharap, pihak bank dan kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung aktiviti pelaburan emas seperti ini sebelum lebih ramai bangsa kita muflis dalam angan-angan mereka sendiri.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elaktertipubeliemas/Article/index_html

0

Harga Emas Melambung-Kosmo

Labels: ,

Lonjakan harga emas

Gambar hiasan

HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. 

LONDON – Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

“Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini,” kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

“Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

“Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi,” kata Klapwijk.


Petikan dari akhbar Kosmo,16 April 2011

0

Apakah yang ada di fikiran Masyarakat di China yang kita tidak tahu?

Labels:

Apakah yang ada di fikiran Masyarakat di China yang kita tidak tahu?

Di tulis oleh Richard Russell

Menurut akhbar The Financial Times, masyarakat di Negara China membeli emas seperti tiada hari esok untuk mereka. Menurut The Times lagi " Peniaga logam berharga di London & Hongkong pada Rabu lalu terpegun dengan kekuatan wang Masyarakat China memborong emas pada bulan lepas.

Permintaan pasaran tempatan di China sangat luar biasa. Tempahan dalam jumlah yang besar amat mengagumkan....Data rasmi memaparkan untuk bulan pertama tahun 2010 sahaja Negara China telah mengimport 209 tan emas bagi kegunaan tempatan : Jika dibandingkan dengan India yang mengimport 333 tan emas untuk kegunaan masyarakat mereka sepanjang tahun 2010.

Para penganalisa ekonomi meramalkan Negara China akan mengatasi India sebagai pengguna emas terbesar Dunia bagi tahun 2011.


Komen Russel lagi- China dan India, antara kedua negara ini jika di gabungkan mempunyai populasi penduduk berjumlah 2.6 Billion. Bersamaan dengan separuh dari keseluruhan penduduk planet dunia sendiri. Pemimpin politik & masyarakat di China amat menggalakkan warga mereka membeli dan menyimpan emas seberapa banyak yang boleh. Masyarakat di India pula tidak perlu terburu-buru memiliki emas seperti di China kerana logam berharga tersebut sememangnnya diketahui merupakan sebahagian daripada masyarakat India sehinggakan ramai mengatakan emas memang berada dalam DNA setiap orang India.

Mencari jawapan kepada persoalan tersebut :-

Apakah yang diketahui oleh Masyarakat di China yang kita tidak tahu sebenarnya? Apa yang ada dalam benak fikiran mereka agaknya sehingga mereka kelihatan terburu-buru dan amat terdesak untuk memborong sebegitu banyak emas.

Sebenarnya orang-orang China tahu yang 'Wang Fiat' yang kita gunakan pada hari ini sebenarnya tiada apa dari segi nilainya. Mereka juga mengetahui sejak berabad lalu dan sememangnya China mempunyai tamadun gilang gemilang, emas adalah penyimpan nilai terbaik di planet dunia.

Masyarakat China melihat bagaimana Kerajaan mereka cuba menyingkirkan penggunaan US Dollars dan mereka mencontohi tindakan Kerajaan mereka.

Dan alternatif pilihan yang mereka ada untuk menggantikan 'Wang Kertas Fiat' Dollar yang dianggap sebagai Tisu Tandas oleh Tun Mahathir adalah memiliki logam EMAS ini.


Masyarakat Amerika pula melihat Perbendaharaan Negara mereka atau Federal Reserve sebagai pemegang Harta terbesar Dunia. Dan Harta di Amerika adalah dalam Dollar mereka. Orang Amerika menyokong dan mencontohi Federal Reserves mereka dalam penggunaan Nota Wang kertas dan amat berbangga dengan Dollar sebagai medium pertukaran Dunia.

Satu ketika dahulu nilai Dollar Amerika sememangnya bersandarkan kepada berat Emas dan Perak sebelum ianya diputuskan oleh President Nixon pada tahun 1971.

Tetapi pada hari ini Dollah Amerika adalah kertas kosong semata dan ianya hanya diikat dengan matawang Fiat negara lain di dunia yang dibohongi mereka.

Bagaimana dunia dikejutkan dengan kerakusan mereka mencetak matawang Dollar sesuka hati semasa krisis ekonomi untuk menyelamatkan Bank-Bank besar mereka dari bangkrap pada tahun 2008 yang lalu dan kesannya di rasai hingga kini.

Bukan rahsia lagi Federal Reserved Amerika mencetak 13 Trillion ( 13 ribu billion) Wang Kertas US Dollars pada ketika itu tanpa ada sandaran kepada apa-apa melainkan semata -mata kertas kosong yang dicetak angka padanya. Bagaimana Kerajaan China mengambil masa 50 tahun untuk mengumpul jumlah wang yang sama.

Jadi persoalannya di manakah kedudukan kita pada hari ini?

Mengikut kajian Russell lagi pasaran Emas dan perak Dunia saling berkait rapat. Langkah terbaik adalah memiliki fizikal Emas dan Perak selama mungkin sebagai langkah perlindungan berhadapan inflasi dunia sebelum Dollar Amerika runtuh satu hari nanti. Dunia sebenarnya sudah muak dengan penipuan demi penipuan Dollar Amerika oleh Perbendaharaan mereka. Jika anda memiliki Dollar pada hari ini tukarkannya kepada logam Emas ataupun Perak.

Jual segala harta dan semua saham dan bond yang anda ada. Pastinya mereka akan membayar anda dengan Dollar Ameria yang semakin menyusut itu. Sebuku roti mungkin berharga 2 Dollar Amerika pada hari ini. 10 tahun dari sekarang , roti yang sama akan berharga 10 Dollar kerana kuasa beli anda akan menyusut.

Ianya masih sebuku roti yang sama, dan mereka akan mengatakan Wang 1 Dollar tetap bernilai '1 Dollar'. Tapi Dollar yang sama akan kehilangan 90% dari nilai kuasa belinya.Memang amat patut sekiranya banyak pihak di Amerika terutama puak2 Parti Republikan hilang kepercayaan terhadap matawang fiat mereka sendiri.

End.

Dan di Malaysia kita sering dilagukan Ringgit semakin kukuh berbanding Dollar Amerika. Tapi realitinya kita tidak mendapat faedah kerana harga barang semakin mahal berbanding gaji atau upah kita. Kenapa agaknya?

Tidak lain kerana Wang Kertas Fiat kita di makan inflasi. Dan ianya cuba di kawal Kerajaan dengan subsidi minyak dan barang kawalan. Percayalah ianya tidak akan berjaya selamanya kerana akhirnya Kerajaan sedia ada tidak akan mampu menanggung subsidi lagi. Dan hari ini kita dapat lihat bagaimana runtuhnya Kerajaan di Asia Barat kesan inflasi makanan yang melanda dunia hari ini.

Maka benarlah kata Rasul kita: Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai, maka simpanlah Dinar (Emas) dan Dirham (Perak).

Bagaimana agaknya nasib Ringgit kita ketika itu agaknya ?

0

Fahami Pelbagai Kos Jual Beli Emas

Labels: ,

Fahami Pelbagai Kos Jual Beli Emas

Musykil apakah kelebihan membuat pelaburan dalam bentuk jongkong emas dengan membeli barang kemas (sebagai perhiasan)? Manakah yang lebih menguntungkan?

EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.


Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.

Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.

Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.

Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.

Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.

Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.

Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.

Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).

Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.

Jadi sekiranya anda berminat untuk memiliki emas dan perak, bolehlah berhubung dgn saya di talian 013-9699779….Emas adalah duit sebenar dan kalis inflasi

Sumber : Utusan Malaysia Online

0

Faktor Yang Mempengaruhi Kenaikan Harga Emas Dunia

Labels: ,

Faktor Yang Mempengaruhi Kenaikan Harga Emas Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman…Alhamdulillah pada ketika ini kita melihat pergerakan harga emas adalah begitu cantik sekali…


Antara faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan harga emas dunia ialah seperti yang berikut:

1. Emas digunakan secara meluas dalam pembuatan peralatan elektrikal iaitu dari kabel audio & video, komponen peralatan komputer sehinggalah kabel atau wayar penyambung elektrik.

2. Pengeluaran emas kurang berbanding dengan permintaan emas yang sangat tinggi datang dari seluruh pelusok dunia. Dan dipercayai stok bekalan emas dunia hanya akan dapat menampung permintaan kurang dari 45 tahun sahaja lagi.

3. Mengikut laporan World Council emas dilombong sebanyak 2,500 tan metrik setahun berbanding permintaan semasa iaitu sejumlah 3,500 tan metrik setahun, bagi menampung keperluan dalam bidang industri dan perdagangan, pembuatan barang kemas dan perhiasan serta bidang pelaburan emas. Jadi, dari mana mendapat bekalan emas untuk menampung lebihan permintaan sebanyak 1000 tan metrik tersebut! Persolalan yang amat sukar dijawab dan ditangani..

4. IMF dan WAG amat ketat mengawal jualan emas yang ditetapkan kurang daripada 400 tan setahun..

5. Penggunaan dan permintaan emas yang sangat besar daripada Negara India menambahkan lagi kerancakkan kenaikkan harga emas antarabangsa. Pemintaan emas India telah dianggarkan sebanyak 700 tan setahun. Unjuran permitaan emas dari India berjumlah 20 bilion US/dolar pada 2010 dan dijangka meningkat kepada 30 bilion US/dolar bagi tahun 2015..

Jadi,adakah anda hendak menunggu harga emas turun baru hendak membeli Emas???? Fikir2kanlah kalau zaman 90-an org kata harga emas adalah mahal ketika itu.Sekarang pun org cakap harga emas masih mahal….Sampai bila2 pun org akan cakap yg harga emas mmg mahal…..Petuanya mudah sahaja iaitu beli dahulu apabila ada wang, selepas itu baru tunggu….pasti anda senyum gitu…

Berminat dengan emas dan perak bolehlah segera berhubung dgn saya di talian 013-9699779……

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...