Showing posts with label Simpan Emas. Show all posts
Showing posts with label Simpan Emas. Show all posts
0

Simpan Emas Mulai Sekarang

Labels:

Semakin ramai yang memahami keperluan menyimpan emas tetapi lebih ramai lagi yang tidak tahu mengapa simpanan melalui emas itu adalah perlu dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin tidak menentu.

Semoga artikel ringkas ini dapat membantu kita membuat penilaian dan mengambil keputusan yang tepat demi masa depan kewangan kita. Renungkan sebentar dan mulalah membuat penilaian yang positif. DALAM KEADAAN EKONOMI DUNIA YANG TIDAK STABIL, EMAS ADALAH SIMPANAN TERBAIK

Menyimpan KEKAYAAN di dalam bentuk EMAS akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

EMAS adalah wang yang sebenarnya. Sekiranya hendak menyimpan, simpanlah dalam bentuk EMAS untuk keperluan dan pelaburan jangkamasa panjang, sederhana atau pendek.

BAYANGKAN… Jika anda ada menyimpan EMAS bernilai RM800 dalam 10 tahun dahulu. Kini nilainya hampir RM3,500! Sekiranya anda mula menyimpan dari sekarang, berapa pula harganya untuk 10 tahun akan datang? SUDAH PASTI nilainya akan MENINGKAT! Inilah yang dikatakan PENYIMPANAN NILAI TERUNGGUL, TERBAIK DAN TEPAT!

• Bagaimana Untuk Memulakan Simpanan Emas?
• Bagaimana Membuat Keuntungan Dengan Simpanan Emas?
• Bagaimana Memaksimakan Keuntungan dalam Simpanan Emas?

Ikuti artikel berkenaan dan banyak lagi dari masa ke semasa di http://emasuncang999.blogspot.com/ atau berhubung terus dengan agen rangkaian Uncang Emaskini Trading anda.

JANGAN BERLENGAH LAGI… ramai yang sedang mula mengumpul EMAS mereka sekarang! Jadilah sebahagian dari mereka!

0

Simpan ASB vs Simpan Emas Fizikal

Labels:

Assalamualaikum dan salam sejahtera oleh Tarmizi (Saudagar Emas),

Keinginan memiliki motorsikal idaman memang menjadi kegilaan segenap anak muda yang rata-rata berumur 17 tahun hingga 25 tahun. Keanggunan rekabentuk terkini membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja kerja asalkan dapat memiliki motorsikal keluaran terkini. Ada yang sanggup menjadi keldai lumba haram dan keldai dadah demi mengejar impian yang tidak seberapa. Penjual-penjual motor juga mengambil kesempatan atas kesanggupan anak2 remaja ini dengan mengenakan kadar interest yang tinggi menggunakan nama ansuran mudah. Harga pasaran bagi sebuah motorsikal jenis 135LC mencecah sehingga RM7000 ++ dan meningkat lebih tinggi sekiranya pembeli membeli dengan skim ansuran mudah. Kadar interest yang dikenakan mencecah 18% – 24% setahun bergantung cawangan perbankan yang digunakan penjual.


Tahukah anda dengan membeli secara ansuran, kita sebenarnya membayar lebih daripada  harga sepatutnya.Bayangkan Harga RM7000 meningkat menjadi RM9520 selepas ansuran mudah pada kadar 18% setahun dikenakan .Dengan nilai ansuran yang pada mata kasar sebanyak RM397 sebulan selama 24bulan, ramai yang tertipu dengan angka ini. Mereka sebenarnya telah membayar lebih daripada yang sepatutnya atas dasar ansuran mudah. Bukan itu sahaja, pembeli akan terperangkap dengan tempoh pembayaran sekiranya membayar tidak pada masa yang ditetapkan dan denda akan dikenakan keatas setiap kelewatan yang dibuat. Pembeli akan lebih teraniaya dengan system ini sehingga ada yang disenarai hitamkan oleh pihak bank. Bagaimana kita boleh mengelakkan dari perkara seperti ini berlaku?

Ramai yang tidak tahu kegunaan system gadaian Islam atau lebih dikenali sebagai Ar-Rahnu. Pada mata orang ramai, system itu hanya untuk mereka2 yang memiliki emas dan terdesak untuk menggunakan wang. Walaupun ada dikalangan kita telah menggunakan system ini untuk waktu-waktu terdesak, namun mereka masih tidak tahu memanipulasikan kemudahan yang telah pihak bank sediakan ini. Pada kadar pinjaman mencecah sehingga 70% daripada nilai semasa barang kemas, pihak bank hanya mengenakan upah simpan yang paling minimum untuk tempoh 6bulan. Pihak bank juga menyediakan system overlap untuk pengadai-pengadai yang masih tidak mampu menebus kembali barang kemas mereka. Ramai yang masih tidak tahu bagaimana memanipulasikan system overlap ini untuk mengurangkan kadar pinjaman.


Sebelum saya menulis dengan lebih jauh lagi, jom ikut saya mengira sebentar..

Motorsikal 135LC kalau bayar cash = RM7000

Motorsikal 135LC kalau bayar ansuran = RM 397sebulan x 24 bulan bersamaan RM9520

Bermakna kita telah membayar melebihi RM2520 = satu nilai yang boleh dikatakan banyak oleh mereka-mereka yang miskin ( macam saya ). Baiklah, jom buat pengiraan melalui system ar-rahnu, kadar belian emas pada tahun 2010 ialah RM158.10 untuk emas 22k atau emas 916. Oleh itu kita memerlukan sebanyak 70g emas untuk membuat pembayaran motorsikal 135LC.

70g (emas 916) x RM158.1 (kadar semasa emas 916 pada 2010) x 70% ( kadar pinjaman maxima ) = RM 7746.90

Kadar upah simpan bagi Ar-rahnu = Rm 578.71 (utk 6 bulan = RM 79.785
sebulan……confirm boleh bayar punya)

Oleh itu, jumlah pinjaman dengan system Ar-rahnu menjadi RM7746.90 + RM578.71 = RM 8325.61/6 bulan = RM1387 sebulan.

Baiklah, kalau dilihat nilai bayaran pada setiap bulan, kita akan merasakan agak membebankan. Iya lah, kita perlu membayar sehingga RM1387 pada setiap bulan sedangkan gaji kita hanya RM1000 sahaja. Ok lah, berbalik kepada system ansuran mudah tadi, kita mampu membayar kira-kira RM400 sebulan. Jadi kita hanya buat pembayaran kepada Ar-rahnu sebanyak RM400 sebulan selama 6 Bulan;
RM400 x 6 = RM 2400

Kita hanya membayar sebanyak RM2400 sedangkan kita telah berhutang dengan bank sebanyak RM 8325.61. Mungkin ramai yang beranggapan emas kita akan tergadai selepas ini. Saya mengatakan emas yang kita cagarkan tidak akan tergadai sama sekali. Pihak bank member 2 pilihan kepada kita sama ada melanjutkan tempoh pinjaman selama 3bulan lagi atau pun membuat surat gadaian baru. Ya, disini lah kelebihan membua pinjaman bank menggunakan emas. Kita boleh membuat surat gadaian baru berdasarkan kenaikan harga emas semasa. Disinilah yang dikatakan sebagai overlap emas.

Dengan berbaki pinjaman RM 5925.61, kita membuat overlap dengan nilai pinjaman yang baru dan nilai upah simpan yang baru. Iaitu RM 6000 + RM 457 upah simpan bersamaan dengan RM 6457. Ini bermakna kita perlu membayar RM 1077 sebulan. Lakukan langkah sebelum ini, dengan membayar sebanyak RM 400 sebulan selama enam bulan dan membuat overlap sehingga habis kesemua hutang dalam masa yang singkat tanpa cas lewat bayar, dan tidak di telefon oleh pihak bank tiap-tiap bulan. Kita mampu membayar hutang dengan tenang tanpa ada tekanan dari pihak bank selain mempunyai kadar bayar balik yang sangat rendah berbanding cara ansuran mudah.

Apa yang kita perlu buat dengan kadar upah simpan tersebut? Sebenarnya kalau kita perhatikan betul2 kita sebenarnya tidak membayar sesen pon upah simpan kepada pihak bank, tetapi hanya membayar jumlah yang kita pinjam. Sebenarnya, setiap kali kita membuat overlap, kita akan mendapat cash berdasarkan jumlah pinjaman semula yang kita buat didalam gadaian yang baru. Cuma emas2 kita akan terus kekal bersama pihak bank. Dan sekiranya kita mahukan semula emas kita, kita hanya perlu membayar kadar upah simpan yang terakhir dalam surat gadaian tersebut bersama baki pinjaman. Anda semua hanya memerlukan 18bulan sahaja untuk melangsaikan hutang. Dan jika anda mahu membeli Laptop, set bilik tidur, Plasma tv atau apa sahaja, anda hanya perlu membuat overlap terhadap emas-emas anda. Jom kira;

RM400 x 18 = RM 7200 pembayaran yang telah dibuat keatas 70g emas.

Kadar upah simpan yang terakhir = RM 387

Oleh itu baki pinjaman anda pada bulan ke 18 = RM 8325.61 – RM7200 + RM387 ( kadar upah simpan terakhir ) = RM 1513.

Anda mempunyai pilihan sama ada membuat overlap dengan nilai pinjaman RM 1520 atau pun membuat pinjaman maksimum kerana ingin membeli sesuatu seperti TV plasma. Baik lah, saya beranggapan anda ingin membuat pinjaman maksimum kerana anda ingin membuat downpayment rumah yang berharga RM 70k bermakna anda memerlukan 10% untuk tujuan bayaran muka. Anda memerlukan RM7000 sebagai downpayment. Jom kira;

Menurut kajian kadar kenaikan emas semasa adalah 27% setahun jadi;

RM158.1 x 127% = RM200 segram
Ini bermakna,
70g x RM 200 x 70% = RM 9800

Kadar upah simpan = RM689
Jumlah perlu bayar = ( RM9800 + RM 689 )/ 6bulan
= RM 1750 sebulan.

Memandangkan hutang masih berbaki RM 1513, jadi kita hanya memperolehi cash sebanyak RM 8287 selepas membuat overlap. Nah, jumlah yang cukup untuk membuat downpayment rumah dan masih berbaki RM 1287 cukup untuk simpan dalam ASB. Lakukan seperti biasa, tetapkan kadar bayaran yang mampu dibuat, setahun atau dua tahun pertama, memang berat nak membayar hutang, emas dan rumah serentak, tetapi selepas 2tahun, anda sudah mula goyang kaki dengan emas 70g anda. Membuat overlap, dan bayar loan rumah, loan rumah pon boleh berkurang dari 25tahun pinjaman kepada 15 atau 20 tahun tempoh pinjaman.

Ini adalah kenyataan, jika fakta ini tidak benar, pihak bank tidak akan menutup kuota pajakan emas Public Gold. Segalanya pada anda, mahu simpan emas atau mahu terus menyimpan di ASB.Apa kata anda?

0

Manakah Tempat Selamat Simpan Emas?

Labels:

Assalamualaikum WBT,

Author: Jalil (PG).  Apa khabar semua, harapan saya anda semua berada dalam keadaan sihat, dapat menjalani kehidupan dengan sempurna dan sentiasa mendapat rahmat atas ibadah seharian yang dilakukan, insyaallah....

Rasanya dah lama saya tak menulis artikel untuk bacaan anda semua, insyaallah seboleh-bolehnya saya ingin memberikan info yang terbaik untuk anda semua dalam bidang pelaburan emas ini agar kita sentiasa selamat dan tidak berada dalam keadaan risau dan takut. Ini bukan apa bagi menjawab persoalan beberapa orang yang pernah bertanyakan kepada saya, dimana tempat paling selamat untuk kita simpan emas kita? Jadi untuk menjawab pertanyaan tersebut mari kita baca artikel ini, harapan saya ia dapat membantu anda sedikit sebanyak....ok.


Itu bentuk-bentuk emas yang mungkin kita miliki jika kita membelinya daripada dealer-dealer Public Gold. Ini emas jenis Gold Bar, Gold Coin juga dikenali sebagai Emas Jongkong. Purity emas ini adalah 999.9 atau 24 karat atau juga dipanggil sebagai Emas Kertas.


Atau anda juga mungkin membeli emas untuk simpanan atau pelaburan anda dalam bentuk ini yang dipanggil Dinar Emas. Baik walau apa bentuknya yang kita beli untuk dijadikan simpanan kita pastinya memikirkan akan keselamatan barangan yang kita belikan itu. Terdapat beberapa cara untuk simpan :-

1. Jangan beritahu atau hebohkan pada orang lain yang anda membeli atau menyimpan emas terutama pada mereka yang baru dikenali, kalau boleh orang yang anda kenal juga tidak perlu dihebohkan tentang simpanan emas anda.

2. Simpan dirumah, dengan cara ini memerlukan kreativiti anda sendiri supaya tempat simpanan itu adalah yang tidak disangka ada emas. Kalau ingin contoh call saya je kalau saya tulis nanti semua orang tahu hehehe kan rahsia tempat tu....

3. Peti besi, ianya kalis api juga berat jadi boleh juga dijadikan tempat simpanan. Jika nak dipecahkan juga mengambil masa.

4. Simpan di Safe Deposit Box seperti yang terdapat di beberapa buah bank yang menyediakan perkhidmatan itu dengan kadar caj bulanan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Setiap emas yang disimpan diinsurankan.

Itu adalah antara cara selamat untuk simpanan emas anda, saya pula menggunakan cara yang kelima iaitu menyimpan dibank tetapi saya tidak menyewa Safe Deposit Box, tetapi saya gunakan kaedah Ar-Rahnu iaitu simpan emas dan dapat wang pinjaman dari bank dan gunakan wang tersebut untuk beli lagi emas bila harga agak rendah. Jadi saya ada modal untuk beli lagi emas disampang emas saya selamat dalam simpanan pihak bank, cara ini boleh dilakukan dengan Agrobank kerana buat masa ini Agrobank adalah bank yang terbaik dalam perkhidmatan Ar-Rahnu.

Ok... jadi saya rasa cukup dulu setakat ini, semoga artikel ini memberikan sedikit sebanyak panduan yang selamat untuk emas anda.

0

Tiga Cara Menyimpan Emas

Labels:

Terdapat tiga cara untuk menyimpan emas pelaburan anda;

  • Simpan di rumah : Anda perlu kenalpasti tempat yang selamat untuk menyimpan emas berkenaan di rumah anda seperti di bawah katil, atas almari, dalam kotak suis, dalam peti sejuk, dan lain-lain.
  • Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi sekiranya anda mempunyai sejumlah emas yang mampu 'fully utilize' SDB yang anda sewa itu. Selain dari kalis api dan kecurian, ia turut dilindungi insuran. Anda boleh tambah kadar insuran perlindungan bergantung kepada keperluan.

  • Simpan di ar-rahnu: Selain dari selamat, anda juga akan mendapat sehingga 70% dari nilai emas anda. Anda hanya perlu membayar upah sewa pada kadar 7.2% setahun dari nilai marhum emas yang anda gadaikan. Ia dilindungi insuran dan membolehkan anda menambah stok emas lagi dan lagi walaupun modal anda adalah terhad. Beli emas semasa ia murah dan bayar secara ansuran tanpa faedah setiap bulan dan nikmati keuntungan apabila nilai emas meningkat kelak.

Berapa Jumlah Kos Pelaburan Anda ???

Dengan memajakkan emas pelaburan anda di ar-rahnu bermakna anda telah menambah kos pelaburan sebanyak 7.2% setahun. Kadar ini adalah mengikut kos simpanan 60sen untuk setiap RM100 nilai marhum dengan pinjaman 70%.
Kaji senario ini;

Anda membeli dari syarikat X yang menawarkan spread 6%.Anda gadai emas berkenaan di ar-rahnu selama 12 bulan (6+6) dengan kos 7.2%.Setelah 12 bulan kadar peningkatan harga emas ialah 25%, maka berapa kos dan pendapatan sebenar anda???

Jumlah kos = nilai spread + kos simpan ar-rahnu = 6% + 7.2% = 13.2%Jumlah keuntungan = Nilai emas semasa -Jumlah kos = 25% - 13.2% = 11.8%

Dari kiraan di atas, dengan menyimpan di ar-rahnu, sekiranya peningkatan harga emas ialah 25% setahun, maka jumlah keuntungan yang akan diperolehi ialah 11.8%.

Bagaimana sekiranya nilai spread adalah tinggi seperti 10% ?

Nilai spread yang tinggi (10%) akan meningkatkan kos pelaburan kepada 17.2% sekaligus mengurangkan keuntungan kepada 7.8% setahun.

Bagaimana untuk kurangkan kos pelaburan???

Anda kena bijak mencongak ! Ikuti tips berikut;

  • Beli emas dari syarikat pengeluar emas yang mampu membeli balik emas anda pada nilai spread terendah. Spread akan memberi kesan sekali sahaja sepanjang tempoh anda memilikki sesuatu emas pelaburan. Menjual kepada kawan-kawan boleh mengurangkan spread berkenaan.
  • Panjangkan tempoh simpanan agar purata spread anda berkurangan.
  • Sentiasa peka kepada promosi yang dibuat oleh ar-rahnu yang mungkin mengurangkan kadar upah simpan pada tempoh tertentu. Upah simpan yang murah akan mengurangkan kos.
  • Simpan di safe deposit box yang kadar sewaannya lebih murah sekiranya anda tidak memerlukan wang tunai atau tidak berminat untuk menambah stock emas anda.

Menyimpan di ar-rahnu memberi peluang kepada pelabur menambah stock emas ketika harga masih rendah. Ini kerana harga emas akan meningkan berkadaran dengan masa. Pun begitu, pelabur mestilah mempunyai disiplin dalam menguruskan simpanan emas. Elakkan dari menggunakan wang gadaian sewenang-wenangnya selain dari utuk simpanan atau pelaburan yang menguntungkan. Ini bagi mengelakkan dari emas yang digadaikan di lelong dan memberikan rekod buruk terhadap diri anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...