Apakah yang ada di fikiran Masyarakat di China yang kita tidak tahu?

Labels:

Apakah yang ada di fikiran Masyarakat di China yang kita tidak tahu?

Di tulis oleh Richard Russell

Menurut akhbar The Financial Times, masyarakat di Negara China membeli emas seperti tiada hari esok untuk mereka. Menurut The Times lagi " Peniaga logam berharga di London & Hongkong pada Rabu lalu terpegun dengan kekuatan wang Masyarakat China memborong emas pada bulan lepas.

Permintaan pasaran tempatan di China sangat luar biasa. Tempahan dalam jumlah yang besar amat mengagumkan....Data rasmi memaparkan untuk bulan pertama tahun 2010 sahaja Negara China telah mengimport 209 tan emas bagi kegunaan tempatan : Jika dibandingkan dengan India yang mengimport 333 tan emas untuk kegunaan masyarakat mereka sepanjang tahun 2010.

Para penganalisa ekonomi meramalkan Negara China akan mengatasi India sebagai pengguna emas terbesar Dunia bagi tahun 2011.


Komen Russel lagi- China dan India, antara kedua negara ini jika di gabungkan mempunyai populasi penduduk berjumlah 2.6 Billion. Bersamaan dengan separuh dari keseluruhan penduduk planet dunia sendiri. Pemimpin politik & masyarakat di China amat menggalakkan warga mereka membeli dan menyimpan emas seberapa banyak yang boleh. Masyarakat di India pula tidak perlu terburu-buru memiliki emas seperti di China kerana logam berharga tersebut sememangnnya diketahui merupakan sebahagian daripada masyarakat India sehinggakan ramai mengatakan emas memang berada dalam DNA setiap orang India.

Mencari jawapan kepada persoalan tersebut :-

Apakah yang diketahui oleh Masyarakat di China yang kita tidak tahu sebenarnya? Apa yang ada dalam benak fikiran mereka agaknya sehingga mereka kelihatan terburu-buru dan amat terdesak untuk memborong sebegitu banyak emas.

Sebenarnya orang-orang China tahu yang 'Wang Fiat' yang kita gunakan pada hari ini sebenarnya tiada apa dari segi nilainya. Mereka juga mengetahui sejak berabad lalu dan sememangnya China mempunyai tamadun gilang gemilang, emas adalah penyimpan nilai terbaik di planet dunia.

Masyarakat China melihat bagaimana Kerajaan mereka cuba menyingkirkan penggunaan US Dollars dan mereka mencontohi tindakan Kerajaan mereka.

Dan alternatif pilihan yang mereka ada untuk menggantikan 'Wang Kertas Fiat' Dollar yang dianggap sebagai Tisu Tandas oleh Tun Mahathir adalah memiliki logam EMAS ini.


Masyarakat Amerika pula melihat Perbendaharaan Negara mereka atau Federal Reserve sebagai pemegang Harta terbesar Dunia. Dan Harta di Amerika adalah dalam Dollar mereka. Orang Amerika menyokong dan mencontohi Federal Reserves mereka dalam penggunaan Nota Wang kertas dan amat berbangga dengan Dollar sebagai medium pertukaran Dunia.

Satu ketika dahulu nilai Dollar Amerika sememangnya bersandarkan kepada berat Emas dan Perak sebelum ianya diputuskan oleh President Nixon pada tahun 1971.

Tetapi pada hari ini Dollah Amerika adalah kertas kosong semata dan ianya hanya diikat dengan matawang Fiat negara lain di dunia yang dibohongi mereka.

Bagaimana dunia dikejutkan dengan kerakusan mereka mencetak matawang Dollar sesuka hati semasa krisis ekonomi untuk menyelamatkan Bank-Bank besar mereka dari bangkrap pada tahun 2008 yang lalu dan kesannya di rasai hingga kini.

Bukan rahsia lagi Federal Reserved Amerika mencetak 13 Trillion ( 13 ribu billion) Wang Kertas US Dollars pada ketika itu tanpa ada sandaran kepada apa-apa melainkan semata -mata kertas kosong yang dicetak angka padanya. Bagaimana Kerajaan China mengambil masa 50 tahun untuk mengumpul jumlah wang yang sama.

Jadi persoalannya di manakah kedudukan kita pada hari ini?

Mengikut kajian Russell lagi pasaran Emas dan perak Dunia saling berkait rapat. Langkah terbaik adalah memiliki fizikal Emas dan Perak selama mungkin sebagai langkah perlindungan berhadapan inflasi dunia sebelum Dollar Amerika runtuh satu hari nanti. Dunia sebenarnya sudah muak dengan penipuan demi penipuan Dollar Amerika oleh Perbendaharaan mereka. Jika anda memiliki Dollar pada hari ini tukarkannya kepada logam Emas ataupun Perak.

Jual segala harta dan semua saham dan bond yang anda ada. Pastinya mereka akan membayar anda dengan Dollar Ameria yang semakin menyusut itu. Sebuku roti mungkin berharga 2 Dollar Amerika pada hari ini. 10 tahun dari sekarang , roti yang sama akan berharga 10 Dollar kerana kuasa beli anda akan menyusut.

Ianya masih sebuku roti yang sama, dan mereka akan mengatakan Wang 1 Dollar tetap bernilai '1 Dollar'. Tapi Dollar yang sama akan kehilangan 90% dari nilai kuasa belinya.Memang amat patut sekiranya banyak pihak di Amerika terutama puak2 Parti Republikan hilang kepercayaan terhadap matawang fiat mereka sendiri.

End.

Dan di Malaysia kita sering dilagukan Ringgit semakin kukuh berbanding Dollar Amerika. Tapi realitinya kita tidak mendapat faedah kerana harga barang semakin mahal berbanding gaji atau upah kita. Kenapa agaknya?

Tidak lain kerana Wang Kertas Fiat kita di makan inflasi. Dan ianya cuba di kawal Kerajaan dengan subsidi minyak dan barang kawalan. Percayalah ianya tidak akan berjaya selamanya kerana akhirnya Kerajaan sedia ada tidak akan mampu menanggung subsidi lagi. Dan hari ini kita dapat lihat bagaimana runtuhnya Kerajaan di Asia Barat kesan inflasi makanan yang melanda dunia hari ini.

Maka benarlah kata Rasul kita: Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang bernilai, maka simpanlah Dinar (Emas) dan Dirham (Perak).

Bagaimana agaknya nasib Ringgit kita ketika itu agaknya ?

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan pesanan anda disini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...