Showing posts with label Berniaga Emas. Show all posts
Showing posts with label Berniaga Emas. Show all posts
0

Perniagaan emas secara online

Labels:

Perniagaan emas secara online

Author by: Hargaemas.- Perniagaan jual beli emas ini adalah antara perniagaan yang telah bertapak dalam peradaban manusia, sejak sebelum masihi lagi Manusia mula menggunakan emas sebagai matawang, sebagai penunjuk kekayaan dan penanda aras kekuasaan.
Ketamadunan manusia tidak pernah lari dari terlibat didalam jual beli emas, contoh seperti Tamadun Rom, Parsi, Aryan, China, Islam semuanya mempunyai sejarah sendiri berkenaan emas, samada wang syiling dengan gambar raja mereka, bangunan yang dibina dari emas atau arca emas tuhan-tuhan mereka, semuanya dicipta dari emas bagi melambangkan kemulian, kebesaran dan kekuasaan mereka.

Perniagaan emas bukannya suatu yang baru, ia sangat lama, malah sebelum roda dicipta lagi emas telah pun digunakan. barang perhiasan dari emas dikatakan tidak banyak berubah dari dahulu sampai sekarang, cincin masih mempunyai bentuk yang bulat, begitu juga subang, gelang , rantai emas, sama sahaja dari generasi nenek moyang kita hingga ke zaman siber ini. Cuma apa yang terbaru berkenaan emas, jika bukan dari bentuknya, bukan dari valuenya, mungkin adalah dari segi bagaimana pemasaran jual beli emas itu sendiri.

*tahukah anda, salah satu cara mudah untuk menjual emas di internet adalah dengan membina blog anda sendiri, dimana anda boleh melihat item-item barangan kemas dijual.


Saya ingin berkongsi bagaimana, “emas” boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan secara online? “ye secara online”. Jika sebelum ini sudah menjadi rahsia terbuka bahawa tauke emas kaya, jadi disini saya ingin berkongsi bagaimana mereka boleh menjadi kaya? ia bukannya rahsia yang besar, cuma ia suatu yang nampak biasa tetapi ada ceritanya.

10 tahun dahulu, kerajaan telah membeli sebidang tanah Haji Tamim dengan harga RM20 ribu. Haji Tamim yang baru menerima pampasan, tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menggunakan wang tersebut, jika disimpan didalam bank, Haji Tamim risau jika dia gunakan wang tersebut. Mak Limah, isteri Haji Tamim, memberi idea kepada suaminya untuk membeli emas, mereka pun pergi membeli emas untuk disimpan. Dengan jumlah wang sebanyak RM20k, Haji Tamim membeli beberapa utas gelang, rantai dan cincin denagn harga RM40/gram. (total 500gram)

Barang kemas tersebut cuma disimpan dan tidak dipakai, ketika raya, Makcik Limah membawa emas-emas tersebut balik kekampung dan ditunjukkan kepada saudara mara disana, ramai saudara yang berminat membeli, dan Makcik Limah berjaya menjualnya dengan harga RM65/gram. (total RM32,500), hasil dari jualan itu, Makcik Limah terus membeli dikedai yang sama dengan meminta sedikit diskaun dari tauke. Mak Limah berjaya membeli dengan harga RM60/gram, (540gram), kemudiannya raya tahun seterusnya, Mak Limah berjaya jual pada harga RM75/gram (total RM40,625), Mak Limah kembali ligat meminta diskaun dari tauke, tahun seterusnya, Mak Limah dapat membeli emas dengan harga RM70/gram (580gram) dan menjual kembali pada harga RM85/gram –> Total RM49,300

Lihat pada contoh diatas, bagaimana dengan hanya menyimpan dan menjual emas, Mak Limah berjaya menggadakan modal perniagaannya dalam pada masa yang sama jumlah emasnya semakin bertambah, jika Mak Limah hanya menyimpan 500gram emas tanpa meniagakannya, nilainya tetap naik, (nilai sekarang RM160/gram –> RM80k), tetapi dengan sedikit ilmu perniagaan, Mak Limah dapat menambah berat emas simpanannya dan mendapat pulangan lebih tinggi.

Begitulah yang berlaku kepada tauke-tauke emas sekarang, mereka mungkin membeli emas pada harga emas murah suatu ketika dahulu dan menjualnya dengan harga terkini. Nilai berat emas mereka tidak berkurang malah nilainya pula sentiasa naik. Keuntungan dari jual beli itu sebenarnya digunakan untuk menambahkan lagi emas jualan mereka dan pada masa yang sama, barang yang diniagakan mereka itu, adalah harta simpanan mereka sendiri.

Untuk berniaga emas dahulu, anda memerlukan kedai, pegawai keselamatan, beberapa kakitangan dan sebagainya, tetapi dengan kecanggihan teknologi terkini, anda hanya memerlukan website, sistem kedai online yang baik dan sistem penghantaran yang dipercayai. Bukankah semuanya telah ada? cuma apa yang perlu anda lakukan, upload barangan kemas anda, sedikit ilmu pemasaran internet dan thumbs up..anda dapat menjual dan pada masa yang sama menambah harta simpanan anda.

0

Berniaga Emas Sumber Pendapatan Sampingan

Labels:

Assalamualaikum WBT,

Author by: Azfar (PD PG).- Pada pandangan saya, zaman sekarang ni, mencari pendapatan yang kedua merupakan suatu keperluan yang kita lakukan. Satu cara adalah dengan berniaga emas ataupun membeli dan menyimpan emas.

Jika orang tua dulu-dulu, bila ada duit sikit..diorang dok beli tanah... Bila tanya kenapa beli tanah, nak bagi anak cucu..dan juga nak buat ke Mekah....bila nak ke Mekah atau anak masuk U, dorg jual la sket tanah tu.....


Zaman dulu tanah murah.... Dengan duit RM1000.00 dah boleh beli tanah se-ekar dua.. Hari ini..duit RM1000.00? Tanah baja bunga boleh le..tanah baja tahi kambing pun RM20 sekilo..mahal daripada daging kambing. Oleh itu apa backup ..duit kita ?.

Satu daripada cara terbaik adalah berniaga emas ataupun beli dan simpan emas. Ye lah duit RM3200.00 nak beli tanah apa.. Kalau beli emas..emas seperti tanah, harga tetap naik setiap tahun..boleh jual jika kita nak jual...


Beli dan kumpul serta simpan emas ..senang nak kita warisi..kita beli dan kumpul emas Public Gold 20 gram..senang nak diwarisi atau nak bagi kat anak -anak..beli dan beri kat mereka sekeping seorang..mudah..
Jika tanah ..kadang - kadang susah .nak bagi..lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman antara pewaris..berebut sampai ke mahkamah tak sudah - sudah.. Last-last tanah tu langsung tak boleh buat apa-apa pun..

Kini, anak2 nak sekolah pun belanja semakin naik..Oleh itu suka tak suka kita perlu (bagi saya wajib la) cari pendapatan kedua.. Walaupun saya ni masih xde anak, tapi tgk sedara-mara yang da ada anak ramai, pening gak bila fikir hal2 kewangan ni ha... Ini merupakan satu sebab saya berniaga emas.. Berniaga emas ni risiko nak rugi..hampir tiada..marketnya cukup besar..

Jika minat nak join berniaga emas atau nak beli emas boleh call saya 013-9699779 (shameri)

0

Kebenaran Berniaga Emas Oleh BNM

Labels:

Kebenaran Berniaga Emas Oleh BNM


Tuan,

Kami merujuk kepada emel tuan bertarikh 13 Februari 2011 mengenai perkara di atas.

Kami ingin memaklumkan bahawa aktiviti membeli atau menjual emas bukanlah di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (Bank). Sehubungan dengan ini, tiada lesen khas atau kebenaran untuk berniaga emas diperlukan daripada Bank.

Walau bagaimanapun, kami ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan berbentuk emas yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (ABIK). Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur di sini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja. Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57

Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman web kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan. Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan beserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:

Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari

http://www.bankinginfo.com.my/ http://www.bankinginfo.com.my/

http://www.insuranceinfo.com.my/ http://www.insuranceinfo.com.my/

Terima kasih.

Fadhilah bt Zainal Abidin
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my

0

Berniaga Emas Sumber Pendapatan Kedua..

Labels:

Assalamualaikum WBT,

Author by: Asikin (MD PG).- Pada zaman ini pada pandangan saya, mencari pendapatan yang kedua merupakan suatu perlu kita lakukan. Satu cara adalah dengan berniaga emas ataupun membeli dan menyimpan emas.
 

Jika dahulu orang tua -tua kita, bila ada duit sikit..depa dok beli tanah..la.Bila tanya kenapa beli tanah ?Nak bagi anak cucu..dan juga nak buat pi Mekah..la..bila nak pi Mekah atau anak masuk U..depa jual sekeping..

Zaman saya budak - budak dahulu tanah murah..la..Dengan duit RM1000.0 dah boleh beli tanah se ekar dua..Hari ini..duit RM1000.0 ? tanah baja bunga boleh le..tanah baja tahi kambing pun RM20 sekilo..mahal daripada daging kambing. Oleh itu apa backup ..duit kita ?.

Satu daripada cara terbaik adalah berniaga emas ataupun beli dan simpan emas. Ye lah duit RM3200.0 nak beli tanah apa..Jika beli emas..emas seperti tanah tetap naik harga setiap tahun..boleh jual jika kita mahu ..cara nak jual saya dah kongsikan dalam post yang lalu..

Beli dan kumpul serta simpan emas ..senang nak kita warisi..kita beli dan kumpul emas Public Gold 20 gram..senang nak diwarisi atau nak bagi kat anak -anak..beli dan beri kat mereka sekeping seorang..mudah..

Jika tanah ..kadang - kadang susah .nak bagi..lebih - lebih lagi jika tiada persefahaman antara pewaris..berebut sampai ke mahkamah tak sudah - sudah..Last - last tanah tu langsung tak boleh buat apa -apa pun..

Saya teruja nak menulis hari ini keran petang tadi tengok rancangan Nona..ada majlis perkahwinan..duit hantaran sahaja RM70,000.0..wow..buat pulak kat tempat ekslusif..terpikir juga jika ini takdir kepada anak -anak kita..mana nak cekau duit tu...kalau tak menyimpan dari sekarang..


Kini nak sekolah pun belanja semakin naik..Oleh itu suka tak suka kita perlu (bagi saya wajib la) cari pendapatan kedua..Ini merupakan satu sebab saya berniaga emas..Berniaga emas ni risiko nak rugi..hampir tiada..marketnya cukup besar..

Jika minat nak join berniaga emas atau nak beli emas boleh call saya 013-9699779 (shameri)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...